Gaharu / Agarwood
Gaharu adalah antara komoditi elit hasil hutan bukan kayu (non-timber forest product) yang bernilai komersil amat tinggi sekali. Produk mentah gaharu ini boleh didapati dalam bentuk kayu bulatan, potongan, kepingan, serutan, cacahan mahupun bubuk atau habuk.
Gaharu diburu kerana ia mengandungi damar wangi berupa oleoresin yang akan mengeluarkan aroma khas apabila dibakar.
Dari mana gaharu didapati?
Sebenarnya ada beberapa jenis pokok kayu yang boleh mengeluarkan gaharu, antaranya ialah dari keluarga Thymeleaceae, Euforbiaceae dan Leguminoceae. Yang sering disebut sesetengah masyarakat Dusun Tindal di Sabah sebagai Tindot ganti gaharu yang juga memang mengeluarkan inti gaharu sebenarnya adalah spesis Wikstromia tenuiramis yang juga dalam keluarga Thymeleaceae, seperti Aquilaria malaccensis.
Aquilaria malaccensis
Aquilaria malaccensis atau hanya dipanggil 'pokok gaharu' di Sabah, Malaysia telah diakui oleh para pengkaji sebagai antara spesis terbaik mengeluarkan gaharu di dunia. Aquilaria malaccensis ini didapati amat banyak tumbuh meliar di hutan tropika Sabah, Sarawak, Kalimantan, selain di sebahagian besar negeri di Semenanjung Malaysia. Ia diburu secara senyap-senyap atau "curi-curi" oleh ramai pengambil gaharu liar sehingga Malaysia kini menjadi pengeluar kedua terbesar gaharu dunia, selepas Thailand ! Thailand dikatakan sudah mula membuka ladang gaharu lebih 20 tahun lepas, manakala Semenanjung Malaysia baru bermula hanya kira-kira 10 tahun lalu, sementara Sabah dan Sarawak memulakan usaha perladangan gaharu hanya pada tahun 2008 sahaja, diketuai oleh peladang tersohor Sabah, Harris Salleh, SLDB dan USIA.
CITES - Apendiks II
Pada Oktober, 2004, empat spesis Aquilaria termasuklah A. malaccensis telah dimasukkan dalam Apendiks II CITES (Convention on International Trade in Endangered Species). Ini bermakna perniagaan gaharu khasnya pemindahan dan penuaian gaharu dari hutan liar adalah ditegah atau dikawal.
Potensi perladangan gaharu...
Ini bermakna perladangan gaharu spesis Aquilaria malaccensis berpotensi amat besar dibangunkan di Sabah, Sarawak dan juga Kalimantan bagi memastikan permintaan gaharu dunia dapat dipenuhi. Pada masa ini (2009) hanya 20% permintaan minyak gaharu dunia dapat dipenuhi oleh bekalan, itupun lebih separuh daripada bekalan datang dari hutan liar yang mana penuaian gaharu sebenarnya adalah ditegah atau dikawal (prohibited or strictly regulated).
Untuk keterangan lanjut sila lihat maklumat lain di bahagian Pictorials, Forum, Favourite Links dan FAQ pada lamanblog kami ini, atau hubungi Encik Kanul Gindol di talian 012-8232692 untuk kursus intensif dan benih Aquilaria malaccensis.