DAPATKAN BENIH GAHARU...

Dapatkan benih gaharu Aquilaria malaccensis bermutu tinggi dari kami. Hubungi / SMS 012-8232692 atau 016-8460018.
Kami juga memberi kursus sehari mengenai gaharu di nurseri kami pada kadar fi paling murah ! Walk-in registration...

Sunday, August 9, 2009

FAQ mengenai Gaharu

Berikut ialah jawapan kepada soalan-soalan yang sering ditanya (frequently asked questions - FAQ mengenai gaharu...). Disusun oleh petani gaharu yang juga "green activist" Kanul Gindol, Kota Kinabalu :

Soalan : Di manakah gaharu boleh didapati di Sabah?
Jawapan : Pokok gaharu tumbuh meliar di kawasan tanah yang pelbagai (asal pokok boleh tumbuh tapi tidak menakung air), di kawasan rata, landai mahupun berbukit-bukau, tetapi sangat jarang didapati tumbuh di kawasan sejuk di bawah 23 darjah Celsius. Hampir semua daerah dan kawasan di Sabah ada pokok gaharu. Semuanya tumbuh liar, kecuali di beberapa kawasan yang sudah mula menanam gaharu secara ladang.

Soalan : Apakah spesis gaharu yang terbaik untuk dapatkan inti gaharu?

Jawapan : Spesis Aquilaria malaccensis yang kebetulan paling banyak didapati di Sabah, dan juga Sarawak dan Kalimantan (seluruh Pulau Borneo) adalah antara "top three" spesis pokok gaharu yang paling baik mengeluarkan teras atau inti gaharu yang bermutu tinggi. Sudah tentu jika anda tanya saintis atau peniaga gaharu Thailand, mereka akan jawab spesis gaharu terbaik ialah Aquilaria subintegra yang paling banyak tumbuh di negara mereka dan sudah mereka tanam secara perladangan sejak lebih 20 tahun lampau. Jurnal Malaysia dan Indonesia menyenaraikan Aquilaria malaccensis yang terbaik manakala jurnal Thailand menyeneraikan A. malaccensis antara tiga atau lima yang terbaik di dunia. Jadi anda boleh teka yang terbaik...

Soalan : Benarkah minyak gaharu sangat mahal di pasaran? hingga sampai puluhan ribu seliter?
Jawapan : Mereka yang berniaga gaharu tahu bahawa ia amat bernilai tinggi dan amat dicari oleh pasaran tempatan dan antarabangsa. Seliter minyak gaharu (seliter bagi mereka yang kurang tahu ialah tidak sampaipun penuh botol air mineral yang sederhana besar itu) boleh mencecah antara RM20,000 hingga RM40,000 ! (sila baca Daily Express 10 Jun, 2009). Ini bergantung kepada gred atau kualiti minyak gaharu berkenaan. Harga teras, inti atau "lugu" gaharu sekilogram pula ialah antara beberapa ratus ringgit hingga belasan ribu ringgit! Amat lumayan bukan?

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP